Tentang
Almega Global Sdn. Bhd.
Dhuha Taste merupakan jenama produk makanan yang dikeluarkan oleh Almega Global Sdn Bhd.
Kami komited dalam menghasilkan produk makanan halal yang berkualiti tinggi, memenuhi keperluan masyarakat Malaysia serta antarabangsa.
Kami percaya bahawa makanan yang halal, bersih, dan bermutu bukan sahaja memberikan kelazatan, tetapi juga menjamin kesihatan dan kesejahteraan pengguna.
Produk pertama kami dihasilkan di kilang yang terletak di Kompleks WYF Foundation, Ayer Keroh, Melaka.
10
12
300
Sebagai sebuah jenama yang sedang berkembang, Almega berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam memastikan setiap produk yang dihasilkan memenuhi standard tertinggi dalam kualiti dan cita rasa.
Setiap produk yang dihasilkan memenuhi standard tertinggi dalam kualiti dan cita rasa. Melalui inovasi dan teknologi terkini, kami terus berusaha meningkatkan pasaran dan memberikan yang terbaik kepada pelanggan kami.
Dalam perjalanan menuju kejayaan, Almega Global berhasrat untuk mengukuhkan jenama Dhuha di peringkat tempatan dan antarabangsa. Kami akan terus berusaha menghasilkan produk makanan yang paling berkualiti untuk dinikmati oleh setiap keluarga.
Visi
Menjadi peneraju produk hub makanan halal dan bersih di Malaysia dan pasaran global dalam industri pembuatan makanan sedia dimasak dan sedia dimakan menggunakan teknologi retort.
Misi
- Memvariasikan keluaran produk kepada produk makanan sedia dimasak.
- Memberi perkhidmatan pembungkusan teknologi retort kepada usahawan IKS dan awam.
- Membantu usahawan kecil dan makanan yang bermutu tinggi.
- Memenuhi sijil HACCP, GMP dan HALAL.
- Menyediakan hub latihan keusahawanan teknologi retort.
Pengurusan Tertinggi
Prof. (Adj) Hjh. Mahnisa Mohamad
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO)
- Ketua Katering bagi Mamanis Impian Trading.
- Memiliki Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dengan kepujian di Open University of Malaysia.
- 20 tahun pengalaman dalam bidang pendidikan dan kulinari.
- Berperanan dalam memperluas jenama syarikat di pasaran tempatan & antarabangsa.
Prof. Datuk Sr. Dr. Mohaizi Mohamad
Ahli Lembaga Pengarah
- Pengasas & Presiden Universiti Geomatika Malaysia (UGM).
- 20 tahun pengalaman sebagai perunding Perancangan Strategik GeoIntelligent untuk pelbagai organisasi kerajaan.
- Pakar dalam Ukur Tanah, GIS, GPS, Geomatik, ICT, serta TVET.
- Terlibat dalam sektor pendidikan tinggi swasta dan merupakan seorang usahawan berjaya.
Muhamad Amiruddin Munawar
Pengarah Operasi
- Berpengalaman dalam pengurusan aset dan hartanah.
- Memegang jawatan sebagai Eksekutif Pengurusan Aset dan Harta di Universiti Geomatika Malaysia, Cawangan Melaka.
- Memiliki Sarjana Muda Pengurusan Harta Tanah dengan kepujian daripada Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).
- Aktif dalam organisasi sosial sebagai Timbalan Presiden Persatuan SETIA Muo.
- Memainkan peranan penting dalam menggerakkan inisiatif pengurusan hartanah yang efektif.
Produk
Klik pada imej di bawah untuk beli.