Kami di Dhuha Taste komited untuk melindungi privasi anda. Polisi ini menjelaskan bagaimana maklumat peribadi anda digunakan dan dilindungi.
Pengumpulan Maklumat
- Kami mengumpulkan maklumat yang diperlukan untuk memproses tempahan anda, termasuk nama, alamat penghantaran, nombor telefon, dan e-mel.
- Maklumat ini tidak akan dikongsi dengan pihak ketiga tanpa kebenaran anda, kecuali untuk tujuan penghantaran produk.
Penggunaan Maklumat
Maklumat peribadi yang anda berikan hanya digunakan untuk:
- Memproses tempahan anda.
- Menghantar maklumat promosi atau kempen khas (jika anda bersetuju untuk menerimanya).
Keselamatan Data
Kami memastikan data anda selamat dengan menggunakan langkah-langkah keselamatan yang ketat untuk mengelakkan akses yang tidak dibenarkan.